Gambar guru-guru SK Penajis 2009

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Monday, December 14, 2009

Awal Muharram

MAAL HIJRAH

Satu muharram detik permulaan
Perkiraan tahun islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota mekah ke kota Madinah

Dengan kenyakinan dan Iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela bekorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tekadkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
  • Kita sekarang sudah pun berada di penghujung bulan Dzul Hijjah 1430 dan tidak lama lagi tahun baru bagi Umat Islam, 1431 hijriah akan menjelma dan meninggalkan tahun 1430 di belakang sebagai sejarah buat kita semua. Hari yang berlalu sesungguhnya tidak akan sekali-kali akan kembali kepada kita begitu juga dengan usia - perginya tanpa kembali.
  • Adakah kita mengambil pedoman tentang perjalanan hari atau tahun ini yang berlalunya tidak akan kembali lagi? Hari demi hari yang berlaku bermakna semakin dekat kita ke penghujung usia dan hari Akhirat serta semakin meninggalkan jauh dunia serta kemewahannya di belakang kita. Setiap detik yang berlalu memberi maksud semakin sedikit baki umur yang tinggal maka beruntunglah mereka yang memanfaatkan baki hidup mereka tersebut sebelum bertemu dengan Allah s.w.t.
  • Allah menukar ganti malam dan siang, sesungguhnya pada demikian itu satu iktibar yang besar bagi mereka yang mempunyai penglihatan mata hati.” - An-Nur 44
  • Tidakkah kita perhatikan kepada perjalanan tahun yang bertambah dari setahun ke setahun? Apabila setiap kali tahun baru menjelma, tidakkah kita perhatikan betapa jauhnya penghujung bagi tahun yang bakal kita hadapi tersebut? Tetapi tanpa kita sedari perjalanan hari bergerak dengan pantas dan laju dan akhirnya kita telah berada di penghujung tahun pula. Begitulah umur kita, jika anda sekarang berumur 30-an maka sudah tentu terasa baru je merasa alam remaja 20-an, begitu juga bagi remaja 20-an akan merasa baru sahaja melalui alam kanak-kanak.
  • Oleh itu kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 1429 dan sama-sama menyambut ketibaan tahun 1431 hijriah. Persoalannya - apakah perasaan kita terhadap tahun yang telah berlalu? Apakah pula persiapan dan azam kita untuk tahun yang bakal menjelma nanti?
  • Maka sama-samalah kite muhasabah diri ini di samping mengambil pedoman dari pengalaman yang lalu, renungi segala kesilapan dan kesalahan agar kita dapat memperbaikinya untuk tahun baru ini pula.

Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

  • Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara : “masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datangnya masa miskinmu, masa lapangmu sebelum datangnya masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum datangnya masa matimu.
  • Maka masa kita berpeluang mempertingkatkan ibadat maka perlulah kita melakukannya secara bersungguh-sungguh begitu juga dengan urusan dunia kita perlulah dilakukan dengan penuh bersungguh-sungguh dan ikhlas sebelum kita tidak berpeluang untu melakukannya.

Selamat menyambut Awal Muharram 1431!

  • Keistimewaan Bulan Muharram:
  1. Kelahiran Nabi Musa
  2. Lepasnya Nabi Musa dari Raja Firaun, bisa menyebaerang sungai dg selamat
  3. Di pertemukannya nabi adam dan siti hawa setelah mereka berdua sudah bertobat
  4. bebasnya Nabi Yusuf dari penjara
  5. kelahiran Nabi Ibrahim
  6. Lepasnya Nabi Ibrahim dari api Raja Namrud
  7. lepasnya NAbi Yunus dari perut ikan
  8. Sembuhnya penyakit nabi Ayyub
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan
pengikutnya dari tentera Firaun.
11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan 'Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit.

  • Berikutan kalendar Islam bermula pada 1 Muharam menyebabkan ia turut dikenali sebagai Awal Muharam, tetapi paling penting ia mengingatkan umat Islam kepada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah. Perlu diingatkan, Muharam bukan sekadar bulan bagi permulaan tahun dalam kalendar Islam, sebaliknya termasuk dalam kumpulan empat bulan paling diberkati dan dimuliakan Allah SWT.
  • Firman Allah dalam surah at-Taubat ayat 36 bermaksud: "Sesungguhnya bilangan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan adalah 'haram' (iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab)."
  • Haram dalam bahasa Arab bererti dihormati dalam segala aspek iaitu bulan yang mengikut riwayat sahih ialah Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Bukan bermakna bulan lain tidak baik, tetapi keberkatan Allah turun pada empat bulan itu.
  • Muharam penuh dengan peristiwa dalam sejarah tamadun Islam. Selama 30 hari itu penuh dengan pelbagai keistimewaan. Teristimewa adalah 10 hari pertama. Banyak peristiwa berlaku sejak zaman berzaman dalam sejarah Muharam yang dikenali dengan nama Asyura.Beberapa perkara penting berlaku pada Muharam mengikut pandangan cendekiawan ilmu dalam Islam, termasuk bulan ini Allah mencipta syurga dan bumi, menyelamatkan nabi daripada kezaliman musuh dan mencipta Nabi Adam.
  • Pada hari Asyura iaitu pada hari 10 Muharam pula bahtera Nabi Nuh diselamatkan di Gunung Judi, Nabi Ibrahim daripada api Namrud dan Nabi Musa daripada Firaun dengan hari kiamat
  • PADA zaman Rasulullah saw ada seorang Yahudi menuduh seorang Muslim rnencuri juga akan berlaku pada hari Asyura.
  • Asyura adalah hari paling mulia di dalam Muharam sebagaimana sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Apabila Nabiberhijrah ke Madinah, orang Yahudi di Madinah berpuasa pada 10 Muharam dan mereka mengatakan pada hari itulah Nabi Musa diselamatkan daripada kezaliman Firaun. Nabi Musa diselamatkan bersama sahabat baginda, tetapi Firaun dan askarnya lemas dalam sungai. Itu sebabnya kami berpuasa pada hari Asyura.
  • "Apabila baginda mendengar penjelasan mereka, baginda kemudian berkata dengan bangga bahawa kami paling berhak dan paling dekat kepada Nabi Musa lebih daripada kamu sekelian dalam semua aspek. Maka Rasulullah menyuruh umat Islam berpuasa pada hari Asyura." (Hadis riwayat Abu Daud)
Ganjaran pahala
  • Selain berpuasa, umat Islam digalak melakukan pelbagai perkara sunat kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala besar bagi yang mengamalkannyapada hari penuh berkat itu.
  • Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, 14 perkara sunat diamalkan pada hari Asyura (10 Muharam). Antaranya:
  • Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala laksana 1,000 kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.
  • Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti member! sekalian umat Islam berbuka puasa.
  • Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Qul-huwallah 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berlarutan 50 tahun melakukannya.
  • Membaca Qulhuwallah 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.
  • Mandi sunat. Niatnya "Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala." Allah memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.
  • Memakai celak. Allah menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.
  • Memelihara kehormatan diri. Allah mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  • Bersedekah. Allah menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahalaseperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.
  • Menyapu kepala anak yatim. Allah mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.
  • Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hati-nya.
  • Menahan marah. Allah memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.
  • Memuliakan fakir miskin. Allah memuliakan-nya dalam kubur.
  • Melapangkan belanja anak isteri. Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.
  • Membaca surah al-Infithaar. Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.


SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM

No comments:

Post a Comment